PROFIL SEKOLAH


SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 05, ditubuhkan pada 1 Januari 1987. Sekolah ini terletak ditengah-tengah tiga petempatan FELDA iaitu FELDA Tenggaroh 5, FELDA Tenggaroh Timur 1 dan FELDA Tenggaroh 7 .Keluasan sekolah ini adalah 13.8 ekar.
 

Pada asalnya sekolah ini mempunyai lima blok bangunan yang dilengkapi dengan bilik-bilik darjah, pusat sumber, bilik guru, pejabat dan kantin. Bangunan ini telah dibina oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP). Pada tahun 1990, sebuah bangunan tambahan telah dibina secara bergotong royong bagi menampung pertambahan bilangan murid. Blok bangunan ini menempatkan Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Muzik, Bilik Sains dan surau.

Pada awal penubuhannya, sekolah ini di bawah pentadbiran Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 1.Berikut senarai nama Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini:

1.  Tn. Hj. Atan Bin Hj. Endut (Allahyarham)  :  1 Jan 1987 - 15 Okt 1987
2.  Tn. Hj. Abdul Rashid Bin Hashim                 :  16 Okt 1987 - 15 Okt 1992
3.  En. Razali Bin Mat. Dom                                :  16 Okt 1992 - 31 Mac 1996
4.  En. Basari Bin Md. Dohom                            :  1 April 1996 - 15 Julai 2002
5.  Hjh. Maimon Bt. Depee                                 :  16 Julai 2002 - 10 Nov 2005
6. Tn. Hj. Wahid Bin Jonid                                 :  16 Nov 2005 - 31 Dis 2009
7. En. Rosli Bin Davi                                            :  4 Jan 2010 - 19 Jun 2010
8. En Kamaludin Bin Sujan                                :  19 Jun 2010 -   01 Ogos 2013
9. En. Rasedy Bin Baba                                      :  01 Sept. 2013  - 24 Jun 2014
10. En. Kamis Bin Hasan                                    : 24 Jun   -   Sekarang

Pada bulan Ogos 1990, sekolah ini dinaikan tarafnya menjadi sekolah kebangsaan gred A. Pentadbiran sekolah ini dibantu oleh dua orang Guru Penolong Kanan berjawatan hakiki, seorang Guru Penolong Kanan yang memangku, seorang kerani ,seorang Pembantu Am Rendah dan dua orang Pembantu Rendah Am.

Pada tahun 2001 bangunan blok B telah diruntuhkan dan digantikan dengan sebuah bangunan baru empat tingkat yang terdiri enam bilik darjah, sebuah makmal sains, bilik kemahiran hidup, pejabat, perpustakaan, bilik komputer, bilik musyuarat dan juga bilik muzik.

Peringkat awal penubuhan sekolah ini, bilangan murid adalah seramai 129 orang dengan 12 orang tenaga pengajar. Pada 1994 bilangan murid semakin bertambah sehingga mencecah 1147 orang dengan tenaga pengajarnya seramai 49 orang.

Pada tahun 1995 pula, seramai 907 orang murid bersekolah disekolah ini dengan bimbingan seramai 38 orang tenaga pengajar. sesi persekolahan dibahagikan kepada dua sesi dimana sesi pagi untuk murid-murid tahap 2 dan sesi petang untuk murid-murid tahap 1.

semakin lama bilangan murid berkurangan hinggalah pada tahun ......... sekolah bertukar kepada 1 sesi sahaja berikutan dengan pembukaan sekolah kebangsaan felda tenggaroh 7 pada masa itu.


LOGO SEKOLAH 




WARNA BIRU : Melambangkan Perpaduan, Kemegahan dan Kesungguhan warganya
BULAN : Melambangkan masyarakat yang beragama islam
BUKU : Hasrat sekolah untuk melahirkan murid yang cemerlang dalam bidang akademik
POKOK T : Sumber pendapatan utama penduduk iaitu hasil daripa kelapa sawit
ABJAD  `V’ : Kedudukan sekolah di Tenggaroh 5 dan simbol “ V” untuk “victory”Kejayaan Sekolah
4 BULATAN : Hasrat sekolah melahirkan murid-murid yang aktif dalam kegiatan kokurikulum 


BENDERA SEKOLAH



LAGU SEKOLAH


Bersemi cita-cita
Menggunung harapannya bangsa
Melahirkan insan yang sempurna
Demi negara tercinta

Harapan suci ini
Menjunjung falsafah yang murni
Menerapkan nilai yang mulia
Untuk Insan yang tercinta

Kami murid Tenggaroh 5
Berikrar untuk sedia
Menjadi insan yang berilmu
Menuju kecemerlangan

COGANKATA SEKOLAH 

S - SETIA
K - KOMITED
T - TELUS
5 - 5 PRINSIP (RAJIN, CEKAP, DEDIKASI, SABAR, TAWAKAL)
  
MOTTO SEKOLAH

SKT5 TEGUH

T - TABAH, TEKUN, TAWAKAL
E - kepada yang Maha ESA
G - GIGIH, GAGAH, GEMILANG
U - UNIK (istimewa), UNGGUL, ULFAH (mesra)
H - HEBAT