Sunday 28 December 2014

PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN 2015

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA 
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN 
TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Wednesday 17 December 2014

" WELCOME BACK TO SCHOOL "

01 - 02 Januari 2014
Jualan Buku & Uniform

03 Januari 2014
Cuti Maulidur Rasul SAW

اللهم صل على محمد وآل محمد


04 Januari 2014
Hari Pertama Persekolahan
P & P


Wednesday 26 November 2014

MAJLIS GRADUASI & PENYERAHAN KEPUTUSAN UPSR 2014

26 NOVEMBER 2014
JAM 2.30 PETANG
DEWAN PENDETA, SK. LKTP TENGGAROH 5

DIRASMIKAN OLEH : YB RAVEN KUMAR A/L KRISNASAMY ( ADUN TENGGAROH )



Monday 17 November 2014

Hari Kecemerlangan Sesi Persekolahan 2014

Hari Kecemerlangan Sesi Persekolahan 2014
TARIKH    ; 18 NOVEMBER 2014
MASA       ; 8.30 PAGI
TEMPAT   ; DEWAN PENDETA, SK. LKTP TENGGAROH 5.
PERASMI  ; TN. HAJI KHARUDDIN BIN TAHIR
               [ PENGURUS FELDA TENGGAROH TIMUR ]



Saturday 15 November 2014

TEMASYA 

KEJOHANAN OLAHRAGA 

TAHUNAN





KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Telah dirasmikan oleh YDP PIBG, En. Mohamad Bin Ibrahim 


TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA



Kepada En. Mohd Shofri Bin Dul Rajak di atas perlantikan dan pertukaran sebagai Guru Besar di SK. Bukit Kuari , Batu Pahat , Johor. Berkuatkuasa 01 Oktober 2014



  

Sunday 13 July 2014

PERCUBAAN UPSR 2014

SAYA DOAKAN SEMOGA SEMUA MURID TAHUN 6 DAPAT MENJAWAB SOALAN DENGAN TENANG DAN TEPAT.AKHIRNYA MENCAPAI KECEMERLANGAN.

GURU BESAR.

Saturday 5 July 2014

e - Operasi


TAHNIAH ! WARGA SK LKTP TENGGAROH 5

ANDA MEMANG HEBAT.

TERIMA KASIH KERANA TELAH MENYEMPURNAKAN

DATA E-OPERASI DENGAN JAYANYA....... SYABAS!!!!

Guru Besar
SK.LKTP TENGGAROH 5

Monday 30 June 2014

 TERIMA KASIH WARGA SKT5


Saya ucapkan terima kasih di atas kerjasama 
yang diberikan oleh semua warga SKT5.
Semoga kehadiran saya dapat membantu kecemerlangan
yang telah tuan/puan usahakan.

KAMIS BIN HASAN
Guru Besar
SK. LKTP Tenggaroh 5

Tuesday 24 June 2014

TAHNIAH & SELAMAT DATANG

Kepada En. Kamis Bin Hasan di atas perlantikan sebagai 
Guru Besar SK. LKTP Tenggaroh 5
 berkuatkuasa 16 Jun 2014.

Tahniah & Selamat Maju Jaya 

Kepada En. Rasedy bin Baba, Guru Besar  SK.LKTP Tenggaroh 5 yang telah berpindah ke 
SK. Tanjung Puteri, Larkin, Johor Bahru berkuatkuasa 16 Jun 2014

Jasamu Dikenang

Saturday 10 May 2014

16 MEI

SELAMAT HARI GURU

GURU ;
PENCETUS KREATIVITI , PENJANA INOVASI